Pengiraan Waktu Dhuha

12:53 PM




Sebenarnya waktu Solat Sunat Dhuha boleh selisih (berbeza) sehingga 30 minit dalam sesuatu tahun itu dan waktunya juga berbeza sehingga 1 jam di antara Kota Kinabalu dan Pulau Pinang. Jadi jadual waktu solat ini ini bolehlah di rujuk berdasarkan Waktu Syuruk pada TakwimSolat di kawasan masing-masing.
.
Secara umumnya waktu melakukan solat sunat Dhuha mengikut syarak adalah bermula dari selepas terbit matahari iaitu anggaran naik matahari setinggi segalah sehingga condongnya matahari ke arah barat.
Pengiraan Waktu Dhuha secara astronomi/falak adalah berdasarkan formula waktu Syuruk ditambah dengan satu pertiga perbezaan waktu Syuruk dan waktu Subuh atau secara purata waktu Dhuha bermula 28 minit selepas waktu Syuruk.

Contoh :

Jadual Waktu Solat di Kuala Lumpur pada 12 Disembar 2012 :
Waktu Syuruk  =  07:10 pagi
Waktu Subuh  =  05:48 pagi.
 .
Waktu Dhuha di Kuala Lumpur pada hari dinyatakan ialah :
Waktu Syuruk ( 07:10 pagi) + 1/3 (Waktu Syuruk – Waktu Subuh) (07:10 pagi – 05:48 pagi = 1 jam 22 Minit @ 82 minit)
= 07:10 pagi + 1/3 (82 Minit)
= 07:10 pagi + 27 minit
07:39 pagi.
Waktu Dhuha Kuala Lumpur  ~  Bermula dari pukul  07:39 pagi.

doa setelah sholat sunah dhuha




Waktu Afdal Dan Akhir Dhuha

.
Waktu afdal Solat Sunat Dhuha pula adalah 2/3 masa antara bermulanya Solat Sunat Dhuhasehingga masuk waktu Zuhur. Dan waktu tamat atau berakhir Solat Sunat Dhuha adalah ketika matahari tegak di atas kepala iaitu lebih kurang 9 minit sebelum masuknya waktu Zuhur.
.
Dari Zaid bin Arqam r.a, berkatanya, Nabi Muhammad ﷺ keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Sunat Dhuha. Baginda  ﷺ bersabda :
“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.” (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

You Might Also Like

0 cutie berceloteh

Followers

Popular Posts

  • Dh pass kan? haaa.. apa lgi? Bz kan diri dgn FTR report ye amende FTR report? Lepas exam CePSWaM, langkah seterusnya buat FTR report...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Akhirnya, acara kemuncak.. الحمد لله Alhamdulillah Siap sudah thesis yg diheboh2kan sg...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Rules: Follow blog ini *wajib Follow semua peserta segmen. List akan diupdate da...
  • Giveaway Topup Percuma by Cik Cand y  💖 20 FEBRUARI 2017 - 11 MARCH 2017 http://cikcandysour.blogspot.my/2017/02/giveaway-topup-per...
  • KLIK BANNER UNTUK JOIN SENARAI HADIAH YANG MENARIK DARIPADA ELSA & PARA SPONSOR UNTUK ANDA MENANGI! 1. Mieza Suhaini Nature...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Bab2 contest2 tag cenggini mmg THORBAYEK Anyway, jom2 kita join The rules are s...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм hujung tahun je, umie tiba2 aktif blog dan bz giler menyertai bermcm2 contast Jom kita...
  • Buat entry bertajuk " Pencarian  Bloglist Sesi  Mac-April 2017 ".  Backlink banner kpd link segmen ini & letak link entry...
  • Syarat-syarat bagi menyertai Giveaway by Lyana Ishak & Eyja Masliza 1. WAJIB follow blog  Lyana Ishak  &  Blog Eyja 2. W...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Lama sangat rsanya tak ber'blog', busy 'bercinta' hahahaha Kejap je dh...