Bertungku

9:55 AM


gamba taken from utusan malaysia online

Alkisah since Nora da selamat bersalin, tgk dia rajin bertungku.. teringat pLak masa umie mola2 bertungku dlu.. bukan umie yg bertungku, tilam yg bertungku gile r.. hehehe... peh tu da 6 bulan pun, still badan sakit2 uhuu.. nyesal3!!! masok nombot dua, udah pandei.. bertungku sehari dua kali (tpi rasanya mcm lebiy la kan) tpi cmne pon, mmg umie akui la kan, amalan bertungku mmg bagus utk wanita lepas bersalin.. tpi rsa2nya, pernah jugak dgr la kan, utk wanita yg xde dlm pantang pun, bagus la.. erm.. cmne2??? 


jom baca cikit alkisah kat Utusan Malaysia

Bertungku untuk kesegaran


Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR











Bertungku bagus bagi wanita dan lelaki.

--------------------------------------------------------------------------------



TUNGKU merupakan kaedah rawatan tradisi yang biasanya dikaitkan dengan wanita dalam pantang. Namun ia sebenarnya sesuai dan boleh diamalkan oleh semua orang bagi penjagaan kesihatan dan kesegaran badan.

Terdapat beberapa jenis tungku seperti tungku batu, tungku pasir herba, tungku bijirin herba, tungku besi, tungku layor (daun dan buah), tungku abu dan tungku garam bukit.

Menurut pemilik Andak Spa yang terletak di Plaza Mahkota, Melaka, Raja Abdul Rahim Raja Hussin atau dipanggil Andak, tungku batu amat popular di kalangan wanita dalam pantang.

Beberapa jenis batu boleh digunakan seperti batu sungai, batu gunung, batu bata merah dan batu kelikir.

"Batu ini dibakar sehingga merah dan dimasukkan ke dalam kain yang berlapikkan daun mengkudu, bunga kantan, halia dan halba. Ia bertujuan mengeluarkan darah beku, mengecutkan peranakan, menghilangkan kebas-kebas kaki serta buasir.

"Tungku pasir pula lebih ringkas. Pelbagai jenis pasir boleh digunakan seperti pasir sungai, pasir laut, campuran lumpur, tanah bukit atau pasir bukit,'' kata Andak.

Pasir disangai (digoreng tanpa minyak) terlebih dahulu sehingga betul-betul kering. Sediakan kain belacu yang dialas daun pisang, daun mengkudu, lada hitam, hirisan daun pandan dan pucuk kecubung. Tuang pasir di atas kain dan tuam di bahagian pinggul, bahu, belikat, perut dan tapak kaki. Elok bagi wanita yang mengalami senggugut dan meroyan.

"Tungku bijirin digunakan oleh sesetengah bidan kampung sebagai terapi bersalin, menyusutkan bengkak dan nanah dan boleh dituam di bahagian pinggul.

"Bijirin yang boleh digunakan ialah jagung, kacang hijau, lada hitam, halba, lada ekor, ketumbar, daun kantan, daun pandan, halia bara dan lengkuas,'' jelas nya.

Beliau menambah, tungku pasir terkenal di negeri-negeri utara, iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Tungku ini dibuat daripada besi dan berbentuk laras. Cara penyediaannya sama juga dengan tungku lain di mana daun kecubung, lengkuas, daun dan kulit limau purut diletakkan di atas kain.

Tungku dipanaskan dan dibungkus dengan kain yang berisi daun-daun tersebut.

Jelas Andak, tungku layor pula menggunakan dua jenis bahan sama ada daun atau buah. Daun yang sesuai ialah daun kantan, lengkuas, mengkudu, jambu batu hutan, sirih, kecubung dan kaduk.

Tungku buah pula menggunakan buah mengkudu.

Daun dan buah dilayorkan (diletakkan di atas api perlahan sehingga daun layu) dan dibungkus dengan sapu tangan.

"Tungku abu amat unik dan sukar diperoleh pada masa kini kerana tidak ramai lagi yang memasak menggunakan kayu api.

"Abu daripada kayu api yang masih suam dibalut dengan daun mengkudu atau kain dan digunakan bagi meredakan bengkak di dahi, bisul, kuping kulit dan mengeringkan kudis,'' jelas Andak.

Kepada yang ingin mendapatkan rawatan di Andak Spa boleh menghubungi 013-6384099.

You Might Also Like

1 cutie berceloteh

Followers

Popular Posts

  • Dh pass kan? haaa.. apa lgi? Bz kan diri dgn FTR report ye amende FTR report? Lepas exam CePSWaM, langkah seterusnya buat FTR report...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Akhirnya, acara kemuncak.. الحمد لله Alhamdulillah Siap sudah thesis yg diheboh2kan sg...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Rules: Follow blog ini *wajib Follow semua peserta segmen. List akan diupdate da...
  • Giveaway Topup Percuma by Cik Cand y  💖 20 FEBRUARI 2017 - 11 MARCH 2017 http://cikcandysour.blogspot.my/2017/02/giveaway-topup-per...
  • KLIK BANNER UNTUK JOIN SENARAI HADIAH YANG MENARIK DARIPADA ELSA & PARA SPONSOR UNTUK ANDA MENANGI! 1. Mieza Suhaini Nature...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Bab2 contest2 tag cenggini mmg THORBAYEK Anyway, jom2 kita join The rules are s...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм hujung tahun je, umie tiba2 aktif blog dan bz giler menyertai bermcm2 contast Jom kita...
  • Buat entry bertajuk " Pencarian  Bloglist Sesi  Mac-April 2017 ".  Backlink banner kpd link segmen ini & letak link entry...
  • Syarat-syarat bagi menyertai Giveaway by Lyana Ishak & Eyja Masliza 1. WAJIB follow blog  Lyana Ishak  &  Blog Eyja 2. W...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Lama sangat rsanya tak ber'blog', busy 'bercinta' hahahaha Kejap je dh...