Matlamat tidak menghalalkan cara

7:59 AM

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм


الغاية لا تُبرر الوسيلة
“al-ghayah la tubariru al-wasilah”
(Matlamat Tidak Menghalalkan Cara)


Apapun yang ingin kita lakukan mestilah dengan cara yang baik, walau setinggi manapun matlamat yang ingin dicapai, cara yang digunakan mestilah baik di sisi syarak.

Masalah haram tetap dinilai haram, betapa baik dan mulia, niat dan tujuannya; Syariat Islam tidak membenarkannya. Bahkan setiap tujuan yang baik harus dicapai dengan cara yang baik. Berlawanan dengan kaedah ‘Matlamat Menghalalkan Cara’, teori yang dipopularkan oleh Niccolò Machiavelli dalam bukunya, ‘The Prince’.

Jika dirujuk kepada konsep yang digagaskan oleh Machiavelli ini, sudah tentunya Islam menolak ideanya kerana ia tidak mempunyai sebarang limitasi dan panduan. Ia terbuka, untuk melakukan apa sahaja cara, selagi mana boleh membawa sesuatu objektif yang ingin diraih dan dikira perlu. Maka lakukankanlah cara itu, ia kononnya boleh berubah menjadi mulia dan diterima.

Dalam Islam semua perbuatan, amalan dan niat dan cara-caranya mesti dibenarkan syarak dan matlamatnya juga jelas tidak bertentangan dengan syarak. Kita dilarang menggunakan kaedah untuk mencapai sesuatu matlamatnya yang baik (dibenarkan syarak) tetapi cara dan jalannya haram.

Kerakusan individu tertentu hari ini untuk berjaya sama ada dalam bidang politik, pemiagaan, keusahawanan, korporat dan sebagainya dengan menjatuhkan pihak lain telah menjadi fenomena yang menggusarkan banyak pihak. Ini akibat daripada tidak menyandarkan diri mereka dengan elemen keagamaan yang menjadi teras, pelindung daripada gejala yang haram.

Halal dan haram dalam Islam adalah ditentukan oleh Allah SWT (Subhanahu wa Ta’ala), bukannya ditentukan oleh matlamat yang ingin diraih. Justeru, konsep ‘Matlamat Menghalalkan Cara’ ini wajib ditolak oleh umat Islam kerana matlamat tidak boleh dan tidak akan menghalalkan cara sama sekali.

Firman Allah SWT:

قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَ‌تُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَ‌فْتُمُوهَا وَتِجَارَ‌ةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْ‌ضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللَّـهِ وَرَ‌سُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَ‌بَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّـهُ بِأَمْرِ‌هِ ۗ وَاللَّـهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ ﴿٢٤

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).” (Surah At-Taubah, Ayat 24)


Kesimpulan

Umat Islam hari ini amat mudah untuk menghalakan cara yang haram atau subahat semata-mata untuk mencapai matlamat yang baik, walaupun jalan dan cara yang digunakan bertentangan dengan syariat, akhlak dan nilai-nilai murni yang digariskan Islam. Ingatlah bahawa agama ini milik Allah SWT dan Allah Ta’ala sahajalah yang berhak menentukan yang halal dan haram.

Rasulullah Salallahu ‘alaihi wa Sallam merupakan contoh teladan terbaik. Jika Rasulullah Salallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri tunduk dan patuh kepada perintah dan larangan Allah SWT di dalam menegakkan DeenNya, maka sudah semestinyalah kita sebagai umatnya juga wajib berbuat demikian.

Ambillah jalan yang betul dan direstui oleh Allah SWT dan RasulNya walaupun jalan tersebut dipenuhi pelbagai halangan dengan penuh kesabaran. Ingatlah bahawa setiap Muslim perlu berusaha menegakkan Islam demi mencapai matlamat akhir, iaitu keredhaan Allah SWT dan syurgaNya.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

You Might Also Like

0 cutie berceloteh

Followers

Popular Posts

  • Dh pass kan? haaa.. apa lgi? Bz kan diri dgn FTR report ye amende FTR report? Lepas exam CePSWaM, langkah seterusnya buat FTR report...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Akhirnya, acara kemuncak.. الحمد لله Alhamdulillah Siap sudah thesis yg diheboh2kan sg...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Rules: Follow blog ini *wajib Follow semua peserta segmen. List akan diupdate da...
  • Giveaway Topup Percuma by Cik Cand y  💖 20 FEBRUARI 2017 - 11 MARCH 2017 http://cikcandysour.blogspot.my/2017/02/giveaway-topup-per...
  • KLIK BANNER UNTUK JOIN SENARAI HADIAH YANG MENARIK DARIPADA ELSA & PARA SPONSOR UNTUK ANDA MENANGI! 1. Mieza Suhaini Nature...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Bab2 contest2 tag cenggini mmg THORBAYEK Anyway, jom2 kita join The rules are s...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм hujung tahun je, umie tiba2 aktif blog dan bz giler menyertai bermcm2 contast Jom kita...
  • Syarat-syarat bagi menyertai Giveaway by Lyana Ishak & Eyja Masliza 1. WAJIB follow blog  Lyana Ishak  &  Blog Eyja 2. W...
  • Buat entry bertajuk " Pencarian  Bloglist Sesi  Mac-April 2017 ".  Backlink banner kpd link segmen ini & letak link entry...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Lama sangat rsanya tak ber'blog', busy 'bercinta' hahahaha Kejap je dh...