Fitnah terhadap wanita muslimah

10:47 AM

Pada suatu dahulu,seorang wanita muslimah meninggal dunia d Madinah.Dijadikan cerita,keluarganya mencari seorang wanita tukang memandikan mayat,tetapi wanita(tukang memandikan mayat) adalah seorang yang buruk percakapannya.

Ketika memandikan mayat wanita muslimah itu,wanita (tukang memandikan mayat) tersebut mengata mayat itu dengan kata-kata yang sangat keji.Wanita(tukang memandikan mayat) itu berkata,"kemaluan inilah yang dipakainya untuk berzina!"

Astaghfirullahhalazim,tiba-tiba kedua tangan wanita itu melekat di tubuh mayat wanita muslimah yang dikejinya.Ia berusaha untuk melepaskan kedua tangannya itu tapi gagal.Orang-orang yang berada d luar yang sedang menuggu mayat itu dimandikan sudah mula risau kerana lama sekali wanita itu memandikan mayat.

Setelah pihak keluarga menyusul,barulah mereka tahu apa yang terjadi.Keluarga tersebut cepat-cepat mengirimkan orang untuk menanyakan hal tersebut kepada beberapa ulama' d Madinah.Ada ulama' yang menyuruh tangan wanita itu dpotong dan dtanam bersama mayat tersebut.Ada yang suruh agar tubuh mayat itu sahaja yang dpotong untuk menyelamatkan wanita tukang memandikan mayat tadi.

Ulama' Madinah tidak boleh membuat keputusan tersebut,samada memotong kedua tangan wanita berkenaan atau memotong sebahagian tubuh mayat itu.Setelah keputusan ini tidak dapat dbuat,mereka pergi bertanya kepada Imam Malik bin Anas r.a.

Selepas mendengar cerita itu,Imam Malik r.a.terus datang ke tempat kejadian.Lalu beliau minta dberi kesempatan untuk mengusul tukang mandi itu dari bilik hijab.Ia bertanya kepada juru mandi itu(dari bilik hijab),"katakan dengan jujur apa yang telah kau tuduhkan kepada mayat ini?"Wanita itu menjawab dengan nada yang menyesal,"Aku telah menuduhnya berbuat zina ketika aku memandikannya!"

Setelah jelas dengan perkara itu, Imam Malik r.a. berkata kepada anggota keluarga dan saudara mara si mayat ,"Wanita tukang mandi itu telah melanggar hak si mayat.Ia telah melanggar hudud Allah Ta'ala,menuduh seorang wanita muslimah yang baik melakukan zina tanpa bukti dan saksi seramai 4 orang.Jadi, ia harus menjalani hukuman 80 kali sebatan.Kalau hukuman itu telah dilaksanakan, InsyaAllah kedua tangannya boleh terlepas dari tubuh si mayat...". Setelah hukuman itu djalankan,barulah kedua tangan wanita itu terlepas dangan sendirinya!

You Might Also Like

0 cutie berceloteh

Followers

Popular Posts

  • Sebenarnya waktu  Solat Sunat Dhuha  boleh selisih (berbeza) sehingga 30 minit dalam sesuatu tahun itu dan waktunya juga berbeza seh...
  • Jenoh menggodek2 itinery yg dishare dlm website @ blog. Seronok jgk kan dpt baca pengalaman2 blogger lain  Jeng3.. umie terjumpa bebera...
  • سُبْحَانَ اللّه (Subhanallah) sebelum ni mmg xpernah tw lngsung psl pijat ka, pepijat ka, bed bugs ka.. Paling terok pernh dgr po...
  • Syaratnya :- 1.  FOLLOW  BLOG  NI  ( * letak link di comment untuk saya check balik * ) 2.  FOLLOW  INSTAGRAM  ...
  • Dh pass kan? haaa.. apa lgi? Bz kan diri dgn FTR report ye amende FTR report? Lepas exam CePSWaM, langkah seterusnya buat FTR report...
  • Wah!!! Teruja umie utk try ye.. Gedik!!! Auwww... Mula2 tak paham jgk cmne cara pakai (kes jakun) :P Rupa2nya, ...
  • Salam Jumaat semua.. 
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ'αℓαιкυм  Nak share sgt2 ni psl produk best yg teramat sgt.. Ever since dok menyandang beg j...
  • Umie mmg dh lama idam2 kan Oakley Prescription. Tula, sape suruh ilangkan? Haaa.. mendapat!! Xsmpai dua thn pakai plak tuuuu Contact ...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Bulan Ramadhan ni, umie busy btol.. xde masa pn nk rilex2 pn.. Tgk tv pn slalunya '...