Program Cuti Sekolah: Kidzania

10:20 AM

Nak share ckit dgn mber2 sume.. xpasti la sama korang da pegi ke idak.. masa tgh dok godek2 email, terpandang satu artikel menarik.. jom kita sharing2


haaa.. pernah dgr? (sumpah umie pun xtw ok?)
Pada yg tak berapa pasti Kidzania bertempat di Mutiara Damansara mudah sahaja untuk mengetahui di mana lokasi tersebut kerana ianya bersebelahan dengan pusat beli belah IKEA dan berhadapan dengan Hypermarket TESCO. Kalau nak mudah lagi cari bangunan yang ada kepala kapal terbang Air Asia terjojol di luarnya



Kemudahan makanan yang senang kerana sebelum anda dan anak-anak mendaftarkan diri anda boleh menikmati hidangan McDonald dibawah bangunan tersebut.


Khabarnya harga2 tiket dikenakan pada kanak-kanak berusia dari umur 4-16 tahun sebanyak RM55 seorang dan 0-3 tahun RM35 seorang manakala parents RM35 seorang. (gulp!!)

Selesai pendaftaran anda akan diberikan tiket boarding pass (macam naik kapal terbang tu) cek CIMB Bank sebanyak 50 Kidzos, peta lokasi kidzania dan tag tangan untuk setiap pengunjung berdaftar.


Selepas itu anda akan diarahkan untuk naik ke tingkat 5 bangunan berkenaan bagi tujuan 'check in' di Bahagian Immigration (jangan tak percaya sini pun ada Immigration Department tau) di sini tag anda akan di imbas mengikut bilangan boarding pass anda dan setelah ianya selesai anda akan menuju ke dalam dunia KIDZANIA. Di sini semuanya yang anak-anak kita impikan terdapat di sini.


 Tetapi sebelum anak-anak anda memulakan tugasan perlu di ingatkan yang mereka perlu menukarkan cek yang diberi sebelum ini ke dalam bentuk cash (kidzos) di bank CIMB yang telah disediakan di sini yang akan diselenggarakan oleh mereka yang bertugas.

Selesai mendapat wang mereka , mereka ditugaskan untuk mencari kerja bagi menambah wang yang mereka perolehi sebelum ini bergantung pada minat dan keseronokan mereka. Setiap pekerjaan yang mereka lakukan mereka akan dibayar gaji. Mudahkan??

Di Kidzania anak-anak dilatih untuk hidup berdikari dan mempunyai self confident agar mereka lebih yakin dan dapat menitipkan nilai-nilai kesabaran, keharmonian, bantu-membantu dan berfikir secara logikal mengenai sesuatu tugasa yang mereka lakukan. Mereka boleh menjadi apa sahaja dalam masa satu hari mengikut kehendak mereka dan pengalaman serta ilmu yang mereka perolehi amatlah berguna untuk mereka pada masa akan datang. Contohnya mereka boleh memilih untuk menjadi Doktor, Pensyarah, Hakim, Lawyer, Policeman, Fireman, Reporter, Pilot, Engineer, Steward, Stewardess, Artist, Newscaster, DJ Radio, Pelumba F1 dan sebagainya dan jika mereka masih keliru akan perkerjaan yang sesuai dengan mereka, mereka bolehlah pergi ke Jobs Search (agensi mencari kerja) dan dikenakan sebanyak 10Kidzo untuk mencari pekerjaan yang bersesuaian.

Ibu bapa juga disediakan ruang rehat yang dipanggil "parents lounge" jikalau mereka ingin berehat dan meninggalkan anak-anak mereka di sini selama mana yang mereka suka. Kedai barangan souvenier juga terdapat di sini dengan harga yang standard.

Terdapat dua sesi pada hari wiken hujung minggu iaitu sabtu dan ahad dimana sesi yagn pertama dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang dan bersambung dari jam 4.00 petang hingga 9.00 malam. Berlainan pula pada hari bekerja iaitu Isnin hingga Jumaat yang mana waktu operasinya bermula jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang (lebih banyak masa kan ).


Berkunjunglah di waktu cuti persekolahan ini bersama anak-anak kerana di KIDZANIA anak-anak kita akan menunjukkan talent yang mana kita sendiri tidak pernah terfikir yang mereka sanggup melakukannya.
p/s credit goes to Faiza Ayu

You Might Also Like

0 cutie berceloteh

Followers

Popular Posts

  • Dh pass kan? haaa.. apa lgi? Bz kan diri dgn FTR report ye amende FTR report? Lepas exam CePSWaM, langkah seterusnya buat FTR report...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Akhirnya, acara kemuncak.. الحمد لله Alhamdulillah Siap sudah thesis yg diheboh2kan sg...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Sebelum anak2 umie masok 'berpindah' masuk kolej, durng ni mmg dh 'mengada2k...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Punyalah berhabuk sakan blog umie kalini.. busy dgn kje, busy dgn training, busy dgn ...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Lama sangat rsanya tak ber'blog', busy 'bercinta' hahahaha Kejap je dh...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Syukur الحمد لله Alhamdulillah Penantian sudah berakhir Igtkn dh settle, rupanya...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Bab2 contest2 tag cenggini mmg THORBAYEK Anyway, jom2 kita join The rules are s...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Seronok nya bulan September 2019, 3 minggu berturut2 kita bercuti hari Isnin. Makanya ki...
  • Canggih zaman sekarang kn, Al Quran dilengkapi dgn terjemahan & hadis.. Apa lgi alasan yg perlu diberikan bila tidak memba...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Baru2 ni umie menonton (bila dh dok berdua je, anak2 plak masing2 dh balik asrama), jdi ...