Ya Allah berilah hambamu ini kekuatan

12:13 PM



Ya Allah, kau kuatkanlah hatiku...
Kau berilah kesabaran kepada ku...
Kau tabahkanlah hatiku menerima dugaan mu.....
Sememangnya aku tak kuat untuk menerimanya...
Tapi aku percaya yang KAU sentiasa disisi hambamu yang lemah ini...
Cubaan dan Dugaan yang KAU berikan cukup perit untuk aku telan...
Hanya KAU sahaja yang mengerti apa yang ada di dalam hati ku ini...
Hanya pada KAU sahaja tempat aku mengadu..
Kau berilah semangat untuk aku hidup Ya Allah....
Andai itu takdirnya, aku terima dengan redha...

Aku kesian dekat die Ya Allah...
Sakitnya hatiku ini Ya Allah...Ia smpai menusuk jiwa ak Ya Allah....
KAU tabahkan aku Ya Allah,,,
Aku tak dapat terima Ya Allah,,,,
Aku tetap sedih bila mengenangkannya...
Tegarnya "orang" itu melakukan begitu
Kenapa "orang" itu buat macam tu??????????
Aku tak paham Ya Allah...Aku tak paham.......
Aku akan sentiasa berdoa agar "orang" itu sedar akan kesalahannya...

Ya Allah, KAU berikanlah petunjuk kepadanya...
KAU tunjuk lah jalan yang lurus kepadanya...
Jika benarlah ini jalan yang di pilih....
Aku Redha dengan Qada' dan Qadar Mu Ya Allah....

 “Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.”

“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”

DOA UNTUK KESEDIHAN YANG MENDALAM

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْعَظِيْمُ الْحَلِيْمُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمُ

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ اْلأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيْمُ

“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Agung dan Maha Pengampun. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan yang menguasai arasy, yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Tuhan Yang menguasai arasy, lagi Maha Mulia.” (HR. Al-Bukhari 7/154, Muslim 4/2092)

اَللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ،

وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ

“Ya Allah! Aku mengharapkan (mendapat) rahmatMu, oleh karena itu, jangan Engkau biarkan diriku sekejap mata (tanpa pertolongan atau rahmat dariMu). Perbaikilah seluruh urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau.”
(HR. Abu Dawud 4/324, Ahmad 5/42. Menurut pendapat Al-Albani, hadits di atas adalah hasan dalam Shahih Abu Dawud 3/959)

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ

“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Maha Suci Engkau.
Sesungguhnya aku tergolong orang-orang yang zhalim.”
(HR. At-Tirmidzi 5/529 dan Al-Hakim. Menurut pendapatnya yang disetujui oleh Adz-Dzahabi: Hadits ini shahih 1/505, lihat Shahih At-Tirmidzi 3/168)

اللهُ اللهُ رَبِّي لاَ أُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا

“Allah-Allah adalah Tuhanku. Aku tidak menyekutukanNya dengan sesuatu.”
(HR. Abu Dawud 2/87 dan lihat Shahih Ibnu Majah 2/335)
 
 

You Might Also Like

1 cutie berceloteh

  1. Hmm..m.. saya juga sama ..sedang ketika ini merintih pd Yg Esa...moga "orang" itu di beri taufiq dn hidayah Illahi..moga di beri kesedaran dn keinsafan memisahkn saya dn suami... sudah 4 bulan tak dpt berhubung dan berjumpa..
    Hanya keimanan memberi kekuatan untuk bersabar..

    ReplyDelete

Followers

Popular Posts

  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Lama sangat rsanya tak ber'blog', busy 'bercinta' hahahaha Kejap je dh...
  • Ya Allah, kau kuatkanlah hatiku... Kau berilah kesabaran kepada ku... Kau tabahkanlah hatiku menerima dugaan mu..... Sememangnya...
  • Dh pass kan? haaa.. apa lgi? Bz kan diri dgn FTR report ye amende FTR report? Lepas exam CePSWaM, langkah seterusnya buat FTR report...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Akhirnya, acara kemuncak.. الحمد لله Alhamdulillah Siap sudah thesis yg diheboh2kan sg...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Syukur الحمد لله Alhamdulillah Penantian sudah berakhir Igtkn dh settle, rupanya...
  • Aku sudah berlari Mengejar yang tak pasti Mengejar kamu…. Hanya dirimu…Kulantunkan hidupku Kubisikkan cintaku Hanya untukmu… Hanya untukmu… ...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Seronok nya bulan September 2019, 3 minggu berturut2 kita bercuti hari Isnin. Makanya ki...
  • Siyes ckp, pgi ni dh lewat weih!! Tataw nak habaq lagumana, nak kata c o lgate, jauh panggang dri api weiii!! wakaka... Tataw npe, sejak2 Ei...
  • Lately, sejak2 umie penoh dgn krisis, umie kembalikan balek 'tabiat' membaca yg dh lama umie buang.. rsanya dari 20 August 2010 lgi ...
  • Fuuu.. pembuka 2013, bday adik kesygn umie sorang ni (25/1/2013) .. kebetuln Abie ajak g makan sempena ada kenaikan yg dia dpt & lulus e...