DOA UNTUK MEMECAH KEBUNTUAN

8:45 PM



REAKTIF bermaksud tindak balas terhadap sesuatu yang berlaku. Sesuatu yang berlaku menyebabkan manusia terusik danmelakukan tindakbalas. Tindak balas yang berlaku selalunya bersifat spontan tanpa pemikiran dan kajian yang mendalam. Sikap reaktif selalunya berkait rapat dengan keadaan emosi seseorang.

Sekiranya emosi seseorang tidak stabil, tindak balas akan menjadikan keadaan atau sesuatu itu tidak stabil. Kalau emosinya resah dan kacau jalan berfikirnya penuh dengan kekacauan. Faktanya mungkin tidak lengkap. Analisisnya tidak tepat. Kesimpulan yang diambil juga tidak membayangkan adanya pemikiran yang mendalam terhadap sesuatu isu atau perkara.

Berfikir reaktif boleh membawa kepada kegopohan. Berfikir dalam suasana gopoh boleh menyebabkan kesilapan berlaku. Orang yang berfikir reaktif cepat membuat kesimpulan. Kadang-kadang mengambil pendekatan menghukum lebih daripada pendekatan memahami mengapa ia berlaku, bagaimana mengatasinya dan faktor-faktor apa yang boleh memberikan alternatif terhadap isu atau masalah yang berbangkit.

Berfikir reaktif menjadikan sesuatu keputusan yang dibuat dalam keadaan tidak masak atau separuh masak. Ia kadang-kadang membudaya pada diri seseorang. Bila menghadapi sesuatu masalah, mendepani sesuatu isu, mengalami sesuatu kebuntuan, ia tidak berfikir secara kritikal, strategik ataupun kreatif sebaliknya melakukan sesuatu berasaskan apa yang terlintas pada minda dan emosi dan kadang-kadang ledakan minda dan emosi menyebabkan keadaan menjadi lebih bercelaru.....ingin membaca terus klik sumber dibawah. 

Sumber: DR.SIDEK BABA

Salam Pembaca yang budiman, 

Di atas adalah sebahagian penerangan dari masalah kebuntuan yang diterangkan oleh Dr. Sidek Baba seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak.

Kebuntuan acapkali berlaku kepada semua orang samada berat atau ringan. Captain kadang-kadang juga buntu dibuatnya jika menghadapi masalah yang berat, insyaAllah ia dapat diatasi kemudiannya kerana sesuatu masalah yang dihadapi berat ataupun ringan, ingatkan Allah SWT itu sedang menguji kita. Kerana Allah SWT itu sayang hambaNya yang penyabar. Jadi setiap tindakan selepas itu dipermudahkan oleh Allah SWT. Allah SWT membuka jalan bagi hamba-hamba yang soleh.

Allah s.w.t berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 214 yang bermaksud:-
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)”
Inilah jawapan dari Allah SWT mengapa kita diuji. Muhasabah kembali diri. Kita belum lagi sampai tahap ujian seperti para sahabat nabi yang mulia. Mengapa?



Maksudnya:

21. Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. 22.Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 23.Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. 24. Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

You Might Also Like

0 cutie berceloteh

Followers

Popular Posts

  • Dh pass kan? haaa.. apa lgi? Bz kan diri dgn FTR report ye amende FTR report? Lepas exam CePSWaM, langkah seterusnya buat FTR report...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Akhirnya, acara kemuncak.. الحمد لله Alhamdulillah Siap sudah thesis yg diheboh2kan sg...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Rules: Follow blog ini *wajib Follow semua peserta segmen. List akan diupdate da...
  • Giveaway Topup Percuma by Cik Cand y  💖 20 FEBRUARI 2017 - 11 MARCH 2017 http://cikcandysour.blogspot.my/2017/02/giveaway-topup-per...
  • KLIK BANNER UNTUK JOIN SENARAI HADIAH YANG MENARIK DARIPADA ELSA & PARA SPONSOR UNTUK ANDA MENANGI! 1. Mieza Suhaini Nature...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Bab2 contest2 tag cenggini mmg THORBAYEK Anyway, jom2 kita join The rules are s...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм hujung tahun je, umie tiba2 aktif blog dan bz giler menyertai bermcm2 contast Jom kita...
  • Buat entry bertajuk " Pencarian  Bloglist Sesi  Mac-April 2017 ".  Backlink banner kpd link segmen ini & letak link entry...
  • Syarat-syarat bagi menyertai Giveaway by Lyana Ishak & Eyja Masliza 1. WAJIB follow blog  Lyana Ishak  &  Blog Eyja 2. W...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Lama sangat rsanya tak ber'blog', busy 'bercinta' hahahaha Kejap je dh...