Elderly princess birthday Nur Putri Balqis

12:35 PM


الحمد لله Alhamdulillah puteri kesayangan umie yg sulong sudah pun mencecah 13 tahun pd 18/5/2015.. سُبْحَانَ اللّه Subhanallah.. Terima kasih ya Allah.. KurniaanMu ini akan kami jaga sepenoh hati walaupun kami bukanlah parent's yg sempurna.. Sesungguhnya kami masih mencuba untuk menjadi yg terbaik utk anak2 kami.. Aamiin : آمِيّنْ… آمِيّنْ… يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ

Blanja makan agak lambat, sbb Abie nye kje syift.. Yg pizza tu mmg xdpt nak snap gmbar full sbb bebudak dh lapar sgt (termasok yg bz menaip ni) 









Si kakak, bz btol dgn gadget nye.. adoi laaa

Ya Allah wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami semua keselamatan di dunia dan di akhirat, khususnya kepada kedua orang anak kecil ini. Kurniakanlah kepada mereka ilmu, iman dan amal serta kefahaman Islam yang secukupnya. Jadikanlah mereka berdua pejuang-pejuang di jalan-Mu ya Allah.
Perindahkanlah akhlak mereka dan jadikanlah kedua-duanya sebagai contoh dan teladan kepada orang-orang mukmin. Kuatkanlah agama Islam ini dengan kehadiran mereka wahai Tuhan.
Ya Allah ya Rahman ya Rahim, Melalui maksud nama Nur Putri Balqis dan Nur Putri Batrisyia kami berdoa, berikanlah kejayaan kepada mereka sebagaimana hebatnya maksud nama-nama mereka. Bentuklah mereka menjadi muslim yang solehah, warak, zuhud, sufi, istiqamah, penuh dengan sifat-sifat mahmudah dan akhirnya menjadi penyelamat kepada kedua ibu bapanya, kaum keluarganya serta umat manusia seluruhnya.
Ya Allah, Kau anugerahkan kepadaku kelangsungan hidup anakku, panjangkan usianya, sihatkanlah tubuh badannya, akhlaknya, agamanya, sejahterakanlah jiwa dan raganya, alirkan rezekinya melalui tanganku, anugerahkanlah kepadanya kecerdasan akal dan kesucian hati.
Ya Allah, Kau bantulah aku mendidiknya dan jadikanlah anakku agar dia selalu menyayangi dan mencintai aku dan keluargaku. Jadikanlah anakku orang yang baik dan takwa, yang mempunyai pandangan dan pendengaran yang taat kepadaMu, yang mencintai dan setia kepada kekasihMu, Muhammad S.A.W. Berikanlah semua itu dengan petunjuk dan rahmatMu, berikan kepada kami apa yang terbaik di dunia dan akhirat. Aamiin : آمِيّنْ… آمِيّنْ… يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ
SELAMAT HARI LAHIR SAYANG


You Might Also Like

0 cutie berceloteh

Followers

Popular Posts

  • Ya Allah, kau kuatkanlah hatiku... Kau berilah kesabaran kepada ku... Kau tabahkanlah hatiku menerima dugaan mu..... Sememangnya...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Lama sangat rsanya tak ber'blog', busy 'bercinta' hahahaha Kejap je dh...
  • Dh pass kan? haaa.. apa lgi? Bz kan diri dgn FTR report ye amende FTR report? Lepas exam CePSWaM, langkah seterusnya buat FTR report...
  • Aku sudah berlari Mengejar yang tak pasti Mengejar kamu…. Hanya dirimu…Kulantunkan hidupku Kubisikkan cintaku Hanya untukmu… Hanya untukmu… ...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Akhirnya, acara kemuncak.. الحمد لله Alhamdulillah Siap sudah thesis yg diheboh2kan sg...
  • Siyes ckp, pgi ni dh lewat weih!! Tataw nak habaq lagumana, nak kata c o lgate, jauh panggang dri api weiii!! wakaka... Tataw npe, sejak2 Ei...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Syukur الحمد لله Alhamdulillah Penantian sudah berakhir Igtkn dh settle, rupanya...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Seronok nya bulan September 2019, 3 minggu berturut2 kita bercuti hari Isnin. Makanya ki...
  • Umie mmg dh lama idam2 kan Oakley Prescription. Tula, sape suruh ilangkan? Haaa.. mendapat!! Xsmpai dua thn pakai plak tuuuu Contact ...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Sebelum anak2 umie masok 'berpindah' masuk kolej, durng ni mmg dh 'mengada2k...