Kutu
9:27 AMbaru2 ni baru perasan batrisyia dok tergaru2 kepala, tgk2 KUTU!!! owh tidakkkk!!! punyalah merenyam2 rasa palak umie (habit kah bila tgk org ada kutu, kita pLak rasa gatal)
umie ni jenoh la mencari kutu & beli la segala kit2 kutu (pergh!! kutu pun ada kit woo!).. ada sekali tu, umie tgh sedap menyando tgk tv, taw2 rsa semut kat belakang tgkok.. tgk2 KUTU!!!!!!!!!! TIDAKKKKKKKKKKKK!!!!!!!
semalm mak kol, dok cite, mak dok garu2 palak, ingt kelemumur, tgk2 KUTU!!!! TIDAKKKKK!!! tpi umie terperasan, awat xde telur kutu, yg ada kutu dewasa je.. erm.. kulit palak org dewasa tidak sedap suda kah?
cian kat batrisyia la, coz rambut dia kan lebat!! adoi la.. mmg proses membersihkan kutu WAJIB dijalankan segera!!
jom share ckit pasal kutu
Kutu kepala adalah sejenis parasit penghisap darah yang biasanya hidup dibahagian kepala. Kutu betina mampu bertelur enam biji sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari.
Kutu kepala merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut yang bermasalah. Ia juga melompat ke kepala melalui berus atau sikat rambut, topi, bantal dan tuala.
Tanda-tanda
Gatal yang kuat pada permukaan kepala. Ini disebabkan oleh bahan yang ada di dalam air liur kutu kepala.
Tanda-tanda merah pada permukaan kepala, leher dan belakang telinga. Dalam kes yang teruk, tanda-tanda bengkak berlaku di belakang telinga.
Terdapatnya telur-telur kutu yang kecil.Ia selalunya bersinar dan berwarna putih. Ia kelihatan seperti kelemumur tetapi ia tidak mudah dikeluarkan.
Penyebab kutu
~ Kutu mudah berjangkit secara langsung dari kepala melalui :
~ Sikat rambut.
~ Perhiasan rambut.
~ Tuala.
~ Topi.
~ Tudung kepala.
Ubat-ubat
~ Crotamiton
~ Benzene hexachloride
~ Malathion
Apa yang perlu di lakukan?
~ Gunakan sikat kutu. Sikat ini hendaklah direndam dalam cuka terlebih dahulu supaya telur-telur mudah dikeluarkan.
~ Rendam sikat-sikat dan barangan kegunaan kepala seperti pengikat rambut dsb. dengan ubat kutu atau alkohol untuk beberapa jam.
~ Basuh cadar dsb dengan air panas.
~ Gunakan alat vakum untuk membersihkan karpet, tempat duduk kereta dsb.
~ Gunakan ubat untuk membunuh kutu dan telurnya.
Ubat-ubat
Crotamiton
Benzene hexachloride
Malathion
Cara merawat
~ Gunakan syampu khusus (boleh didapati di farmasi) untuk membunuh kutu kepala.
~ Cuci rambut secara biasa. Syampu kepala, kemudian usap sehingga ke kulit kepala dan rambut. Jangan sampai syampu mengenai mata. Sisir rambut dan biarkan sampai kering. Gunakan sikat rambut yang bergigi lembut. Buangkan semua kutu dan telurnya.
~ Bertemulah dengan doktor apabila terdapat tanda infeksi bakteria seperti demam serta bisul di kepala atau nanah.
kredit goes to WIKIPEDIA
0 cutie berceloteh