::..Amalan bagi melembutkan hati anak..::

1:48 PM

AMALAN BAGI MELEMBUTKAN HATI ANAK

Soalan : Membaca banyak kisah remaja terjebak dalam gejala sosial, termasuk melarikan diri dari rumah serta mengandung anak luar nikah, membuatkan saya berasa bimbang. Saya sering terfikir apakah faktor yang menyebabkan perkara ini ber-laku, sedangkan jika difikirkan tiada ibu bapa sanggup melihat anaknya susah.Saya mempunyai tiga anak berumur 12, sembilan dan tujuh tahun. Masalah saya ialah, sejak bersekolah, mereka sudah pandai menjawab kata-kata orang tua.

Dalam sesetengah keadaan, saya dan suami bersetuju anak perlu diberi peluang untuk membalas dan mempertahankan diri jika berlaku masalah.Namun yang menjadi kebim-bangan kami ialah apabila mereka bersikap degil dan payah untuk menerima nasihat.
Hendak berlembut salah, hendak berkeras pun rasanya tidak kena. Soalan saya, apakah cara terbaik untuk melembutkan hati anak?
Apakah ayat atau doa yang boleh kami amalkan supaya mereka boleh menjadi anak yang patuh pada orang tua?
Bilakah masa yang terbaik untuk memberi nasihat kepada anak? Ada rakan memberitahu, kita boleh memberi nasihat ketika mereka tidur. Adakah cara ini berkesan?

CopyPasteFromFamiliazamDotCom
Jawapan: Mendidik anak bermula dari rebung (sejak kecil). Didikan ibu bapa akan mencorakkan cara hidup anak. Kedua-dua pendekatan adalah perlu. Berlembutlah dengan anak pada perkara yang harus dalam agama. Sikap tolak ansur ibu bapa akan membenihkan rasa kasih sayang dan anak menjadi rapat dengan ibu bapa. Sikap keras juga perlu digunakan dalam perkara her-kaitan suruhan dan larangan agama.

Dalam soal disiplin dan akhlak memang tiada kompromi, dalam perkara yang harus se-wajarnya sifat tolak ansur menjadi amalan. Dampingi anak dan jadi ka-wan kepadanya. Curahkan se-penuh kasih sayang dan doa-kan anak dalam setiap solat. Saya percaya pada nasihat ketika jaga, walaupun ada yang berpendapat nasihat bo¬leh diberi ketika anak tidur. Mungkin nasihat ketika tidur lebih sesuai pada mereka yang sibuk dan hanya melihat anak waktu mereka tidur.

Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak. Iaitu;

1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.
5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak.
6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.
8) Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.
9) Kurang melahirkan kasih sayang.
10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.
11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.
12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.
14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.
16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
17) Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak halal.
18) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.
19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.
20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.
21) Tidak menggunakan bahasa yang betul.
22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.
24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat.
25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.
26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.
27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.
29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
33) Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.
34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak.
38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
39) Tidak tegas mendidik anak-anak.
40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

Ramai ibu bapa bingung untuk menerangkan kepada anak-anak kecil apakah pengertian berdoa kepada Yang Maha Pencipta. Ini kerana kanak-kanak mudah keliru dan biasa menganggap setiap doanya pasti dimakbulkan Allah S.W.T.

Bagaimanakah caranya mendidik anak-anak supaya memahami kepentingan berdoa dan membimbing mereka supaya tidak menyalahgunakan doa untuk hajat yang negatif?

Cuba praktikkan beberapa tips ini dalam usaha anda untuk menjelaskan maksud doa kepada kanak-kanak.

1- Berdoa secara sepontan
Latihlah anak supaya berdoa secara sepontan dengan menggunakan bahasa yang mudah. Doa yang bertunjangkan hafalan dalam bahasa arab mungkin menimbulkan kesukaran kepada mereka, gunakan sahaja bahasa yang kita gunakan seharian.

2- Berdoa sebagai tanda terima kasih
Ajar anak anda untuk bersyukur atas kesenangan yang dimiliki yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. Beritahu mereka berdoa bukan saja untuk meminta sesuatu hajat daripada Allah S.W.T. tetapi juga sebagai tanda terima kasih.

3- Tuhan mengetahui segalanya
Yakinkan anak-anak bahawa Allah S.W.T. dapat mendengar apa saja permintaan mereka samada yang baik mahupun sebaliknya. Anak-anak mungkin menganggap agak sukar untuk mendapat perhatian sepenuhnya dari ibu bapa memandangkan rutin yang ketat, anggapan itu mungkin turut ditujukan kepada Yang Maha Pencipta kerana kurang pemahaman.

Oleh itu sebagai ibu-bapa, luangkan waktu bersama mereka untuk mendengar dan menjawab segala keluhan dan permintaan anak-anak secara bijaksana.

Beritahu mereka bahawa Allah sentiasa berada dekat dengan mereka pada bila-bila masa saja untuk mendengar segala keluhan seandainya anda dan ahli keluarga lain sedang sibuk.

4- Mengakui kesalahan yang dilakukan
Didiklah anak anda supaya sentiasa berhati terbuka dengan mengakui kesalahan yang telah mereka lakukan. Ajarlah mereka cara-cara berdoa memohon keampunan dari Allah S.W.T.

Tunjukkan kepada mereka dan biarkan mereka berdoa sendirian.

5- Yakin dengan Allah
Pupuklah anak-anak dengan perasaan yakin dan pasrah dengan ketentuan Tuhan. Mungkin agak sukar untuk menjelaskan kepada mereka bahawa tidak semua doa itu dimakbulkan tetapi cubalah sedaya upaya untuk menjelaskannya.

Yakinkan mereka bahawa setiap doa mereka itu didengari Allah cuma mungkin jawapan yang diterima tidak seperti yang diharapkan. Ajar mereka supaya tidak mudah berputus asa.

Sentiasa melatih mereka untuk memuji Allah, bersyukur dengan rezeki yang diberi, memohon kepadaNya dan yakin dengan kebesaran Allah S.W.T.

You Might Also Like

0 cutie berceloteh

Followers

Popular Posts

  • Dh pass kan? haaa.. apa lgi? Bz kan diri dgn FTR report ye amende FTR report? Lepas exam CePSWaM, langkah seterusnya buat FTR report...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Akhirnya, acara kemuncak.. الحمد لله Alhamdulillah Siap sudah thesis yg diheboh2kan sg...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Sebelum anak2 umie masok 'berpindah' masuk kolej, durng ni mmg dh 'mengada2k...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Punyalah berhabuk sakan blog umie kalini.. busy dgn kje, busy dgn training, busy dgn ...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Lama sangat rsanya tak ber'blog', busy 'bercinta' hahahaha Kejap je dh...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Syukur الحمد لله Alhamdulillah Penantian sudah berakhir Igtkn dh settle, rupanya...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Bab2 contest2 tag cenggini mmg THORBAYEK Anyway, jom2 kita join The rules are s...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Seronok nya bulan September 2019, 3 minggu berturut2 kita bercuti hari Isnin. Makanya ki...
  • Canggih zaman sekarang kn, Al Quran dilengkapi dgn terjemahan & hadis.. Apa lgi alasan yg perlu diberikan bila tidak memba...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Baru2 ni umie menonton (bila dh dok berdua je, anak2 plak masing2 dh balik asrama), jdi ...