::Info Kesihatan - bilateral endometrioma:: part 4
2:50 PMAlhamdulillah, umie menjalani operation dgn baik. Memang lah mengambil masa yg amat lama, tetapi, bagi umie ianya salah satu dugaan Allah Taala. Operation (cesarean) umie berjaya dijalankan pd petang jumaat 23/5/08 pukul 5ptg. Sebenarnya, terdpt nanah (infection) didlm ovari pd kedua2 belah. Kerosakan teruk pd ovari kanan dimana, ovari umie terpaksa dibuang. Kini, tinggallah ovari kiri. Peluang utk mengandung amat tipis kata doktor. Berkemungkinan mengandung luar rahim sekiranya ianya berlaku =( Tuhan je yg tahu bgmaina perasaan umie waktu itu. Syah, Kak Salma, Abg Man, Abg Nizam, adik2 kesygan umie serta beberapa rakan lain yg datang, umie ucapkan terima kasih. Waktu sakit beginilah kita baru kenal, bagaimana rakan lain sanggup dtg & sama2 berkongsi kesakitan yg kita alami. Sbnrnya, umie x suka org dtg melawat umie dlm berkeadaan yg lemah & kesakitan. Bukan ego, tapi, sesuatu dlm diri umie mngkin masih tak dpt menerima yg sy ini sakit. Bukan senang nak menghdpi kenyataan yg diri kita ini sakit sedngkan selama ini kita sihat. Ramai yg mengatakan begitu pd umie, apa yg mmpu umie katakan ialah, dgn memberikan sekuntum senyuman indah, dgn lidah yg lancar sy kata, 'umie redha'.
Sejak dri operation, umie dpt rasa perubahan ketara. Umie sendiri xpsti kenpa. Umie mudah marah, sensitif & cepat terasa huhu.... Tpi Insya Allah, akan umie hadapi segala perubahan ini dgn positif!
0 cutie berceloteh