::Info Kesihatan - bilateral endometrioma:: part 2
2:06 PMatas alasan2 yg x dpt dielakkan (period daa =P) operation ini ditangguh kan ke berikutnya. Umie pun, dah ditukarkan dari hospital A ke private hospital. Hospital A rescheduling pd 13/6... mati looo nak tgg.. kesakitan yg ditanggung sekarang pun, rasa cm da x boley nak tahan.. nak tggu lagi sebulan??? =( Atas nasihat, ING, company HR & rakan, umie pun gi lar amek refer letter dari panel klinik. Hospital A enggan mengeluarkan refer letter.. ada ka ptt durang suruh umie g keja jugak2 dgn keadaan yg x stabil ni! mengong betul! Alhamdulillah, berjalan dengan lancar semalam. Umie dijadualkan menjalani operation pada 23hb May 2008 pkl 5 ptg. Umie akan di admit pkl 9 pagi, diarahkan berpuasa makan & minum kerana operation yg bakal dijalan kan pd petang harinya.
Marilah umie bercerita sedikit mengenai penyakit yg dipanggil Endometriosis with bilateral endometrioma ini. Umie spt wanita2 biasa diluar sana, menjalani kehidupan seperti biasa, berkerja & berbesarkan anak2. Keadaan agak cuak bilamana bulan april'08, umie mengalami gangguan kitaran period bulanan. Ntah kenapa hati umie betul2 x sedap dgn keadaan ini. Umie ke klinik sakit puan. Atas nasihat doktor, umie dikatakan hanya mengalami gangguan emosi atau gangguan hormon.
Keadaan bertambah agak rumit, bilamana, umie merasakan pd awal may, perut umie sedikit buncit (x heran lar kan, sbb dah in bnyk, jadi, bahagian mana2 yg ptt akan muncitlah =P) tapi, perasaan tidak sedap aty tetap ada. Umie mengalami masalah gas dalam perut (gastrik daaa) yg agak kritikal. Umie ke klinik panel yg mana doktor hanya memberikan ubat2 gastrik. Dari hari kehari, sakit umie makin teruk. Selepas dua minggu, 11hb may, pkl 11:30mlm, sakit yg dialami betul2 luar biasa. Sehinggalah umie dihantar ke hospital, baru lah umie tahu umie di diagnosis dengan Endometriosis with bilateral endometrioma, yg mana 6cm diameter sebelah kiri & 5cm diameter sebelah kanan.
Atas penerangan doctor pakar sakit puan di private hospital, dia akan mengeluarkan bengkak ini & separuh dari telur2 di ovari yg tidak elok dikeluarkan & hanya yg baik sahaja dikekalkan didlm ovari. Procedure ini, di buat pd kedua2 ovari. =(
Pada kawan2 wanita & sapa2 juga lah, lakukan medical checkup setiap tahun. Kita tidak tahu apa yg berlaku didalam. Kadang2, kita ingt kita sehat, tapi, sesuatu yg diluar jangkaan berlaku tanpa kita duga & minta.
0 cutie berceloteh