Thursday, March 05, 2009

::Info Kesihatan - bilateral endometrioma:: part 1

Cerita ini ingin umie kongsikan bersama biarkan tidak ramai yg tahu mengenai penyakit umie yg satu ini. umie pernah di'saspect' mengidap bilateral endometrioma. seingat umie lah... umie mengidap gastrik yg kritikal. tapi, yg pelik, perut umie agak buncit sedikit... hmmm!!! mkn bnyk kot =P. Pd mulanya, period yg x regular terjadi bulan april'08 yg lalu dimana ianya berulang selepas seminggu. Menurut doctor, hormon umie mungkin terganggu akibat stress atau tekanan perasaan. 2 minggu berlalu selepas itu, umie mengalami sakit perut yg amat sangat. Tuhan jelah yg tahu mcm mana sakitnya perut umie waktu itu! Selepas mengambil ubat gastrik, kesakitan diulu hati berkurangan, tetapi, sakit diperut sebelah kanan, kadang kala berubah ke tengah2 ari2 & berubah2 ke kiri dan berbalik kekanan membuat umie memikirkan mengenai apendiks. Berpeluh jugak mengingatkan, pemakanan umie yg memungkin kan aku terkena apendiks. Saat kritikal tiba, pd 11hb May'08, pkl 11:30 malam, kesakitan yg amat sangat. Ciri2 pesakit apendiks kelihatan pd diri umie. Umie dikejarkan kehospital. Setelah dibuat checkup dari pukl 12tengah malam, pkl 3 pagi, umie ditolak ke bahagian pakar sakit puan. Disitu, umie disahkan mengidap bilateral endometrioma (ovari bengkak) =( Tuhan jer tahu bagaimana umie rasa waktu itu. Dianostic laroscopy & cystectomy akan dilakukan pd hari jumaat 16 may 2008...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...