nOveL

1:19 PM

nak sHaRe pSL keGiLaaNku mmBaca noVeL. tataw cmNe, seJak thN lepas lGi r aku gLe mBca. Waktu tu aku msh kat ELID lagi. salah syah r niE (hEhEhE.... jGn maRah r)

citE yG sampei aku lupa nak makan niE iaLah ten3...


Semua ni hasil tulisan Ramlee Awang Murshid.

Meh review cikit citE ni:-
Haryani dan Laksamana Sunan... saling jatuh cinta.
Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia,
malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.

Haryani terperangkap dalam perkelahian antara
kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan
cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.


Dani... pertama kali melihat Haryani yang
terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani
kembali semula ke abad 21.


Antara dua
lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama
ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali
semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu
kehidupan itu mesti mati!


Pastinya anda ingin mengetahui cerita seterusnya
setelah membaca Bagaikan Puteri. Apa yang berlaku kepada Laksamana Sunan dan
Haryani? Akhir kurun ke-15, Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang
ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit.
Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki
itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan
diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.


Awal abad ke-21, bersendirian di bilik
tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan
nyawanya itu kini hilang sewktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup
amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya kata-kata
Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya.

Inilah kisah pertembungan
dua zaman yang pastinya membuatkan anda sayang sekali untuk meninggalkan
walaupun satu perkataan kerana ceritanya semakin PANAS!!!


RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati
Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun,
kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak
berkesudahan.


Berita kepulangannya di Tanah
Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat
mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.
Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya
berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin
bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih
mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus
di langit berlaku lagi.

HIJAB SANG PENCINTA - pelengkap trilogi Bagaikan
Puteri dan Cinta Sang Ratu ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda
minda, Saifudin atau Laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagi
menggentar perasaan dan menggetar naluri anda yang menghayatinya. Ikutilah epik
thriller ini...

KETERAMPILAN dan imej baru Ejim menggugah hati Wan Suraya, sekali
gus mencetus rasa cemburu Dr. Haslia. Ejim yang kini dikenali sebagai Amaruddin,
saling tidak tumpah menyerupai kembarnya Amiruddin yang telah meninggal dunia.
Munculnya Ejim di Kuala Lumpur menyebabkan Wan Suraya melihat 'Amiruddin' dalam
diri lelaki Tombiruo itu.

Wan Suraya yang telah bertunang dengan Tan Sri
Nasir tiba-tiba menunda tarikh perkahwinan mereka. Apabila perkara sebenar
terbongkar, Tan Sri Nasir yang merupakan penaja utama pembedahan wajah Ejim mula
memusuhi lelaki Tombiruo itu. Dia tidak mahu kehadiran Ejim mengganggu gugat
cinta sucinya terhadap Wan Suraya.

Kehidupan di Kuala Lumpur
rupa-rupanya tidak menjanjikan kebahagiaan. Ejim hidup dengan penghinaan, dugaan
dan cabaran. Hasrat hatinya ingin kembali ke Hutan Keningau ditentang Dr.
Haslia. Bagaimanapun, hasrat hatinya itu terlaksana jua setelah 10 tahun
berlalu. Selama tempoh itu, Ejim telah pun berkahwin dan dianugerahkan seorang
anak perempuan. Sekembalinya ke Hutan Keningau, dia mendapati Hutan Keningau
bergolak lagi dengan kemunculan 'Seorang Tombiruo'.

Siapa isteri Ejim?
Mampukah Ejim menjiwai semula semangat Hutan Keningau setelah 10 tahun berlalu?
Tergamakkah Ejim meninggalkan anak dan isterinya demi menyahut seruan semangat
Hutan Keningau? Dan siapakah 'Tombiruo Terakhir' yang mengaku sebagai raja rimba
di daerah pedalaman itu?
Tombiruo Terakhir... rasailah pergolakan perasaan
yang sarat dengan cinta dan kasih sayang, saspens, debaran asmara dan
pertelingkahan.


ATAS nama cinta... mahligai impian itu dibina. Vila Sepi menjadi
mahar kasih Arif terhadap isterinya, Karmila. Namun, tragedi dahsyat memusnahkan
kegembiraan yang dikecapi.
Beberapa tahun berlalu... vila yang ditinggalkan
dikatakan berhantu. Jikon, seorang pemuda Orang Asli bagai digamit memasuki vila
itu. Akhirnya, dia menjadi korban pertama.

Setelah itu, mistik di vila
itu tiba-tiba sepi. Masyarakat Orang Asli percaya ‘sesuatu’ yang berada di situ
sedang ‘tidur’. Tiada siapa berani mengusik. Jika ia ‘terbangun’, maka
pembunuhan pasti terjadi lagi.
Ema, seorang wanita masyarakat Orang Asli
yang berpendidikan, secara diam-diam berusaha meneroka vila yang menjadi lambang
cinta Arif dan Karmila itu. Secara tidak sengaja, dia telah ‘membangunkan
sesuatu’ di dalam vila berkenaan.

Arafat, abang Arif telah menugaskan
beberapa orang yang dipercayai untuk membongkar misteri pembunuhan itu. Namun,
satu kuasa jahat telah memburu mereka sehingga mengancam nyawa. Tragedi silam
berulang kembali!

RAMLEE AWANG MURSHID, sekali lagi meneroka alam mistik
di sebalik saspens UNGU KARMILA. Mereka yang `jahat’ sahaja dapat mengalami
rahsia di sebalik kisah berdarah di Vila Sepi... hingga tidak sanggup lagi untuk
berbuat dosa!


kredit to alaf21 website

You Might Also Like

0 cutie berceloteh

Followers

Popular Posts

  • Dh pass kan? haaa.. apa lgi? Bz kan diri dgn FTR report ye amende FTR report? Lepas exam CePSWaM, langkah seterusnya buat FTR report...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Akhirnya, acara kemuncak.. الحمد لله Alhamdulillah Siap sudah thesis yg diheboh2kan sg...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Sebelum anak2 umie masok 'berpindah' masuk kolej, durng ni mmg dh 'mengada2k...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Punyalah berhabuk sakan blog umie kalini.. busy dgn kje, busy dgn training, busy dgn ...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Lama sangat rsanya tak ber'blog', busy 'bercinta' hahahaha Kejap je dh...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Syukur الحمد لله Alhamdulillah Penantian sudah berakhir Igtkn dh settle, rupanya...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Bab2 contest2 tag cenggini mmg THORBAYEK Anyway, jom2 kita join The rules are s...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Seronok nya bulan September 2019, 3 minggu berturut2 kita bercuti hari Isnin. Makanya ki...
  • Canggih zaman sekarang kn, Al Quran dilengkapi dgn terjemahan & hadis.. Apa lgi alasan yg perlu diberikan bila tidak memba...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Baru2 ni umie menonton (bila dh dok berdua je, anak2 plak masing2 dh balik asrama), jdi ...