Amanah

11:12 PM

DARIPADA Abdullah Ibnu Mas*ud berkata bahawa Rasulullah saw pernah bersabda maksudnya: *Tiada iman bagi orang yang tidak memegang amanah dan tiada agama bagi orang yang tidak dapat dipegang janjinya.* (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Tabrani).

Amanah adalah sifat terpuji yang Islam anjurkan kepada setiap Muslim, malah ia juga penentu atau garisan pemisah kepada keimanan dan keagamaan individu. Hadis di atas menjelaskan bahawa orang yang tidak menghiasi dirinya dengan sifat amanah atau tidak dipercayai ramai dalam memegang sesuatu amanah serta melakukan khianat kepada umat manusia, bererti dia bukanlah orang yang benar-benar beriman kepada Allah. Dalam hal ini, Islam memerintahkan setiap Muslim agar sentiasa beramanah dalam setiap masa dan tempat kerana itulah ciri-ciri keperibadian Muslim yang bertakwa.

Menurut perspektif Islam, sifat amanah ini mengungkap pengertian yang sangat luas dan mendalam dalam seluruh aspek kehidupan manusia. Ia bukan hanya sekadar membawa erti bersikap jujur dan benar dalam urusan kehidupan, malah merangkumi setiap tanggungjawab, amanah atau tugas yang perlu ditunai. Dalam erti kata lain, ia adalah tanggungjawab yang akan dipersoal kelak oleh Allah kelak sama ada kita betul-betul melaksanakannya atau sebaliknya. Oleh itu, kita mendapati Islam meletakkan kriteria amanah sebagai prasyarat sebagai pemimpin kepada umat manusia Contohnya, kita mendapati Rasulullah ketika remajanya sebelum dibangkitkan sebagai pesuruh Allah adalah seorang pemuda yang beramanah sehingga digelar *Al-Amin*. Begitu juga dapat disaksikan sifat amanah pada diri peribadi Nabi Musa ketika baginda membantu dua gadis memberi minum haiwan ternakan mereka. Pengajaran yang terselit daripada kisah ini ialah utusan Allah dipilih dari kalangan i kemuliaan peribadi, keturunan dan tabiatnya. Inilah hakikat sifat amanah yang dianjurkan oleh Islam kepada umatnya.

Rasulullah pernah memberi peringatan keras kepada umat Islam terhadap berlakunya kepupusan sifat amanah dalam satu-satu masyarakat pada suatu masa nanti. Malah Baginda memperingatkan bahawa yang demikian adalah tanda-tanda kecil hari kiamat yang berlaku pada akhir zaman. Rasulullah pernah ditanya sahabat: *Bilakah akan berlaku hari kiamat?* Jawab Rasulullah: *Apabila sifat amanah hilang, maka tunggulah hari kiamat.* (Hadis riwayat Bukhari).

p/s sesame ler kite amik ikhtibar dr petikan diatas

You Might Also Like

0 cutie berceloteh

Followers

Popular Posts

  • Dh pass kan? haaa.. apa lgi? Bz kan diri dgn FTR report ye amende FTR report? Lepas exam CePSWaM, langkah seterusnya buat FTR report...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Akhirnya, acara kemuncak.. الحمد لله Alhamdulillah Siap sudah thesis yg diheboh2kan sg...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Sebelum anak2 umie masok 'berpindah' masuk kolej, durng ni mmg dh 'mengada2k...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Punyalah berhabuk sakan blog umie kalini.. busy dgn kje, busy dgn training, busy dgn ...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Lama sangat rsanya tak ber'blog', busy 'bercinta' hahahaha Kejap je dh...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Syukur الحمد لله Alhamdulillah Penantian sudah berakhir Igtkn dh settle, rupanya...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Bab2 contest2 tag cenggini mmg THORBAYEK Anyway, jom2 kita join The rules are s...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Seronok nya bulan September 2019, 3 minggu berturut2 kita bercuti hari Isnin. Makanya ki...
  • Canggih zaman sekarang kn, Al Quran dilengkapi dgn terjemahan & hadis.. Apa lgi alasan yg perlu diberikan bila tidak memba...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Baru2 ni umie menonton (bila dh dok berdua je, anak2 plak masing2 dh balik asrama), jdi ...