Antara mukmin sejati dan munafik

12:00 AM

AKHLAK dan perangai seseorang itu mencerminkan peribadi seorang mukmin
beriman. Ini sejajar dengan hadis Rasulullah saw yang bermaksud: *Orang
mukmin paling sempurna imannya ialah yang paling elok akhlaknya.*

Petanda akhlak elok ialah merendah diri, lemah lembut, bersih daripada
perbuatan maksiat, tidak menyakiti hati orang lain, tidak menyeleweng,
kurang bercakap sesuatu yang tidak perlu dan perkataannya sentiasa benar.

Akhlak dan budi pekerti yang baik juga ada kaitan dengan sikap pemurah,
berwajah manis dan sentiasa tersenyum apabila menemui atau berhadapan dengan
seseorang, tidak ada hasad dengki dan tidak berdendam.

Rasulullah ditanya mengenai tanda orang mukmin dan munafik.

Sabda Baginda, yang bermaksud : *Orang mukmin keinginannya ialah pada
sembahyang, puasa dan suka beribadat manakala orang munafik pula
keinginannya pada makan dan minum seperti haiwan.

Selain itu, perbezaan orang mukmin dan munafik ialah, orang mukmin
menyerahkan hartanya, tidak agamanya manakala orang munafik menyerahkan
agamanya, bukan hartanya.

Orang mukmin melakukan kebaikan dan menangis, manakala orang munafik
melakukan kejahatan sambil ketawa.

Orang mukmin suka bercucuk tanam dan menjaga tanamannya agar tidak rosak,
manakala orang munafik mencabut tanaman dan mengharap untuk menuai saja.

Ujian utama yang dihadapi oleh mukmin berakhlak baik ialah kesabaran memikul
penderitaan dan kesakitan. Sesiapa yang mengadu mengenai keburukan orang
lain, dia sebenarnya menunjukkan keburukan akhlaknya sendiri kerana
ketahanan menanggung penderitaan dan kesakitan ialah akhlak yang baik.

Mukmin sejati juga mempunyai iman teguh, cita-cita yang sentiasa mengerjakan
kebajikan, selalu dalam perjuangan, tidak melakukan kejahatan, sabar dan
menunjukkan peribadi baik. Apabila ditimpa musibah dia sabar dan jika
mendapat nikmat dia bersyukur. Dalam hidupnya, sentiasa terbayang kedamaian.
Orang beriman sentiasa berbuat baik untuk dirinya sendiri mahupun terhadap
orang lain. Islam melarang melakukan kerosakan, baik terhadap peribadi
mahupun masyarakat umpamanya berzina, berjudi, meminum minuman keras dan
sebagainya. Justeru, orang yang lemah imannya tidak mampu mengendalikan diri
terhadap larangan itu, walaupun sedar akibatnya. Mukmin yang kuat imannya
sentiasa menghindarkan perbuatan yang merugikan terhadap dirinya dan orang
lain.

Begitu juga, orang mukmin hanya meminta pertolongan daripada Allah. Dalam
menghadapi sesuatu kesulitan, orang yang lemah imannya selalu gelisah. Dia
mencari pertolongan kepada sesiapa saja yang dianggapnya dapat meringankan
kesulitan yang dideritai itu, walaupun pertolongan itu sifatnya hanya
sebagai sementara.

Mukmin yang sejati hanya meminta pertolongan kepada Allah. Dia memohon terus
kepada Allah, tanpa ada perantaraan orang lain.

Mukmin sejati tidak bersikap lemah sama ada fizikal atau tubuh badan.
Rohaniah dan semangatnya kental dan tidak dipatahkan, sekalipun jiwanya
terancam dan terkorban. Orang beriman mempunyai pengharapan dan tidak mudah
menyerah kalah. Dia percaya bahawa setiap perbuatan yang baik akan diberi
pahala dan ini memberi semangat kepadanya untuk berusaha.

Diriwayatkan bahawa seorang ahli sufi terkenal, Ibrahim Adham ke padang
pasir dan bertemu seorang askar yang bertanya kepadanya: *Engkau seorang
hamba?* Jawab Ibrahim: *Ya*

*Di mana tempat yang makmur?* tanya askar itu.

Ibrahim menunjukkan tanah perkuburan tidak jauh dari situ. Askar itu marah
sambil berkata: *Yang aku mahu ialah tempat yang makmur. Tempat yang kau
tunjuk itu adalah tanah perkuburan.*

Askar itu marah sambil mengambil cemati dan memukulnya. Dia kemudian membawa
Ibrahim ke pekan. Di sana, kawan-kawannya bertanya apa yang berlaku. Selepas
askar itu bercerita, kawan-kawannya memberitahu bahawa orang yang dipukulnya
ialah Syeikh Ibrahim bin Adham, seorang sufi terkenal.

Askar itu kemudian melompat turun dari kudanya dan terus mengucup tangan dan
kaki Ibrahim sambil meminta maaf dan menyesal. Ibrahim kemudiannya ditanya
oleh kawan askar itu mengapa dia mengaku dirinya hamba.

Jawab Ibrahim: *Askar itu tidak bertanya: Engkau hamba siapa. Dia hanya
bertanya engkau seorang hamba. *Kerana itulah aku menjawab *ya* kerana aku
adalah hamba Allah. Apabila dia menyebat kepalaku, aku memohon agar Allah
memasukkannya ke dalam syurga.

Tanya kawan askar itu: *Mengapa begitu, bukankah dia memukulmu?*

Jawab Ibrahim: *Aku tahu bahawa aku diberi pahala kerana perbuatannya itu ke
atas diriku. Aku tidak mahu diriku saja mendapat kebaikan, sementara dia
sendiri yang mendapat keburukan.*

Begitulah sifat mukmin sejati. Akhlaknya mulia walaupun dihina dan disakiti
oleh orang lain, dan di dalam hatinya, tidak terdetik untuk membalas dendam,
sebaliknya mendoakan kesejahteraan terhadap orang yang menganiyainya.

You Might Also Like

0 cutie berceloteh

Followers

Popular Posts

  • Dh pass kan? haaa.. apa lgi? Bz kan diri dgn FTR report ye amende FTR report? Lepas exam CePSWaM, langkah seterusnya buat FTR report...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Akhirnya, acara kemuncak.. الحمد لله Alhamdulillah Siap sudah thesis yg diheboh2kan sg...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Sebelum anak2 umie masok 'berpindah' masuk kolej, durng ni mmg dh 'mengada2k...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Punyalah berhabuk sakan blog umie kalini.. busy dgn kje, busy dgn training, busy dgn ...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Lama sangat rsanya tak ber'blog', busy 'bercinta' hahahaha Kejap je dh...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Syukur الحمد لله Alhamdulillah Penantian sudah berakhir Igtkn dh settle, rupanya...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Bab2 contest2 tag cenggini mmg THORBAYEK Anyway, jom2 kita join The rules are s...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Seronok nya bulan September 2019, 3 minggu berturut2 kita bercuti hari Isnin. Makanya ki...
  • Canggih zaman sekarang kn, Al Quran dilengkapi dgn terjemahan & hadis.. Apa lgi alasan yg perlu diberikan bila tidak memba...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Baru2 ni umie menonton (bila dh dok berdua je, anak2 plak masing2 dh balik asrama), jdi ...