Ingin berkongsi sedikit ilmu

10:10 PM

Dipetik dari buku 111 Wasiat Rasulullah SAW untuk Wanita Solehah ditulis oleh Dr Kasmuri selamat. Moga dapat memberi manfaat.

Redha Terhadap Qada' dan Qadar Allah.
Rela terhadap ketentuan, kehendak dan kekuasaan Allah adalah wajib hukumnya dan merupakan tandanya iman didalam hati seseorang. Dalam sebuah hadis qudsi dijelaskan bahawa Allah berfirman:

"Barangsiapa yang tidak meredhai qada'-Ku dan tidak bersabar atas bencana yang Aku timpakan atasnya, maka carilah Tuhan yang lain selain daripada-Ku" (HR Tabrani)

Dalam Al-Quran Allah berfirman:

Maksudnya: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan "Kami telah beriman" sedang mereka tidak diuji? Dan susungguhnya kami telah menguji orang orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang orang yang berdusta (dalam keimanannya)"

Dengan berdasarkan ayat diatas, Rasulullah SAW telah bersabda:

"Bahawasanya Allah akan mencuba salah seorang kamu dengan sesuatu bencana (bala), sebagaimana seorang kamu mencuba (menguji) emas dengan api. Maka diantara mereka ada yang keluar seperti emas asli, iaitu mereka yang dilindungi dan dipimpin oleh Allah dari perkara shubahat, dan ada diantara mereka yang keluar seperti emas hitam (palsu), iaitu bagi mereka yang mendapat fitnah." (HR Tabrani)

------------------------------------------------------------
Nota kaki:
Ada masa dalam kehidupan dugaan datang melanda dan bertimpa-timpa sehinggakan kita rasa tak mampu nak menghadapinya...terasa hampir putus asa. Pada ketika tu..ingatlah selalu bahawa apabila kita diduga, ia juga bermaksud Allah sedang dan selalu memerhatikan kita. Dia ingin kita menjadi yang terbaik, Dia ingin kita memperbaiki diri kita dan Dia mahu kita kembali memohon dan berdoa pada Dia. Dia sedang memberi kita peluang untuk memperbaiki hubungan kita dengan Dia. Dugaan datang dengan sebab...bukan kebetulan. Tabahkan hati..kuatkan semangat..dan kukuhkan iman. Berdoa dan berharap agar Allah sentiasa membantu kita untuk kembali ke jalan yang benar...jalan yang diredhai dengan dia. Sesungguhnya setiap penyakit, bala dan dugaan merupakan kiffarat dosa kita yang lalu. Moga Allah sentiasa melindungi dan membimbing kita ke jalan-Nya

Saya ingatkan diri saya lebih dari orang lain. Perbetulkan saya jika saya salah. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu berlaku dengan izinNya tapi diatas kelemahan diri saya sendiri. Doakan agar kita sama sama berjaya dunia akhirat. Amiin

You Might Also Like

0 cutie berceloteh

Followers

Popular Posts

  • Dh pass kan? haaa.. apa lgi? Bz kan diri dgn FTR report ye amende FTR report? Lepas exam CePSWaM, langkah seterusnya buat FTR report...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Akhirnya, acara kemuncak.. الحمد لله Alhamdulillah Siap sudah thesis yg diheboh2kan sg...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Sebelum anak2 umie masok 'berpindah' masuk kolej, durng ni mmg dh 'mengada2k...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Punyalah berhabuk sakan blog umie kalini.. busy dgn kje, busy dgn training, busy dgn ...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Lama sangat rsanya tak ber'blog', busy 'bercinta' hahahaha Kejap je dh...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Syukur الحمد لله Alhamdulillah Penantian sudah berakhir Igtkn dh settle, rupanya...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Bab2 contest2 tag cenggini mmg THORBAYEK Anyway, jom2 kita join The rules are s...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Seronok nya bulan September 2019, 3 minggu berturut2 kita bercuti hari Isnin. Makanya ki...
  • Canggih zaman sekarang kn, Al Quran dilengkapi dgn terjemahan & hadis.. Apa lgi alasan yg perlu diberikan bila tidak memba...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Baru2 ni umie menonton (bila dh dok berdua je, anak2 plak masing2 dh balik asrama), jdi ...