Solat Istikharah

8:56 AM


Solat Istikharah adalah solat sunat memohon petunjuk dari Allah dalam membuat sesuatu keputusan..

Diriwayatkan bahawa imam Ahmad bin Hambal (Pengasas Mazhab Hambali)setelah berijtihad beliau akan bersalat sunat Istkharah dua rakaat untuk menetapkan sesuatu keputusan.

Cara :
1. Diniatkan solat sunat istikharah kerana Allah
2. Didirikan dengan dua rakaat.
3. Boleh dilakukan bila-bila waktu tetapi sebaiknya selepas solat insya'. Ini kerana waktu malam lazimnya segala urusan dunia kita telah selesai.
4. Lebih afdhal lagi jika dilakukan diakhir malam (sekira-kira 2-3jam sebelum subuh) bersama solat tahajud. Ini adalah mengambil barkah waktu-waktu mustajab berdoa.
5. Rakaat pertama disunat membaca surah Al-Kafirun dan dirakaat akhir dibaca surah Al-Ikhlas. Namun jika tidak menghafalnya surah surah lain (hafal) dibolehkan
6. Saya terbaca sebuah kitab -Solat Istkharah dilakukan setelah melaksanakan solat Isya' setelah itu terus tidur
7. Selesai solat dibaca doa saperti dibawah (kerana masaalah tulisan rumi/Arab saya syurkan anda cari kitab/buku untuk membaca doa dalam versi Arab)


Ya Allah hamba mohon pemilihan dengan ilmu mu dan mohon penetapan dengan
kekuasaan mu, hamba mohon keutamaan Mu Yang Maha Agung , sebab Engkaulah yang mentaqdirkan bukan hamba sendiri yang dapat menetukan. Engkaulah Yang Maha Mengetahui dan hamba sendiri tidak mengetahui. Dan Engkau adalah Maha Mengetahui segala hal yang ghaib-ghaib.

Ya Allah sekiranya Engkau mengetahui bahawa hal ini (yakni yang dimaksudkan itu)adalah baik untuk hamba baik yang mengenai keagamaan hamba, keduniaan hamba, akibat persolan hamba, yang kini atau yang akan datang nanti maka taqdirkanlah hamba dapat memperolehinya dan berikanlah keberkahan kepadanya untuk hamba serta permudahkanlah menghasilkanya itu. Tetapi sekiranya Engkau Mengetahui bahawa hal ini (yakni yang dimaksudkan itu) buruk untuk hamba, baik yang mengenai keagamaan hamba, keduniaan hamba akibat persoalan hamba yang kini atau yang akan datang nanti maka hindarkanlah hamba daripadanya dan hindarkanlah ia daripada hamba dan selanjutnya tentukanlah yang baik untuk hamba dimana saja adanya. Kemudian berikanlah keredhaan pada hamba
untuk melakukan yang baik itu


Melalui pengalaman lakukanlah sebulan atau seminggu sebelum keputusan diambil. Lakukan setiap malam sekali (dua rakaat dengan satu salam). Insya'Allah sesuai dengan sifat Allah yang maha mengetahui keputusan yang akan diambil nanti tidak akan mengecewakan anda

Wallahu'allam

You Might Also Like

0 cutie berceloteh

Followers

Popular Posts

  • Dh pass kan? haaa.. apa lgi? Bz kan diri dgn FTR report ye amende FTR report? Lepas exam CePSWaM, langkah seterusnya buat FTR report...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Akhirnya, acara kemuncak.. الحمد لله Alhamdulillah Siap sudah thesis yg diheboh2kan sg...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Rules: Follow blog ini *wajib Follow semua peserta segmen. List akan diupdate da...
  • Giveaway Topup Percuma by Cik Cand y  💖 20 FEBRUARI 2017 - 11 MARCH 2017 http://cikcandysour.blogspot.my/2017/02/giveaway-topup-per...
  • KLIK BANNER UNTUK JOIN SENARAI HADIAH YANG MENARIK DARIPADA ELSA & PARA SPONSOR UNTUK ANDA MENANGI! 1. Mieza Suhaini Nature...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Bab2 contest2 tag cenggini mmg THORBAYEK Anyway, jom2 kita join The rules are s...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм hujung tahun je, umie tiba2 aktif blog dan bz giler menyertai bermcm2 contast Jom kita...
  • Buat entry bertajuk " Pencarian  Bloglist Sesi  Mac-April 2017 ".  Backlink banner kpd link segmen ini & letak link entry...
  • Syarat-syarat bagi menyertai Giveaway by Lyana Ishak & Eyja Masliza 1. WAJIB follow blog  Lyana Ishak  &  Blog Eyja 2. W...
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм Lama sangat rsanya tak ber'blog', busy 'bercinta' hahahaha Kejap je dh...